Selasa, 24 April 2012

CONTOH RPI -PENDIDIKAN KHAS

Berikut adalah beberapa contoh RPI Pendidikan Khas sebagai bahan bantu untuk menghasilkan tugasan DR Rahim. Semak dan gunakan jika teman-teman rasakan sesuai

Isnin, 23 April 2012

BAHAN KULIAH PUAN SAKINAH-22 APR 2012

ANTARA UBI KAYU DAN KEJU

Salam Pagi Selasa Yang Membawa Seribu Rahmat

Masa berjalan dan terus berjalan dengan pantas dan tanpa sedar kita telah menuju ke titik akhir semester. Peperiksaan akan bermula pada 3 Jun (kalau saya tidak tersilap) Ini menunjukkan bahawa ada 7 semester lagi yang harus dilalui untuk sampai ke noktah penamat.

Antara ubi kayu dan keju.... itulah yang kita lakukan sekarang. Kedua-duanya mempunyai cita rasa yang berbeza tetapi kedua-duanya juga menyuntuk kita  untuk memilih. Antara selera barat dan timur, keduanya membawa makna yang tersendiri. Ini yang kita lalui sekarang, mengejar sekeping ijazah dan dalam masa yang sama menjaga agar apa yang dikendung tidak keciciran. Benarlah kata orang tua, bukan mudah memecahkan ruyung.

Tadi pagi sebelum mulakan entri, terbaca satu petikan ringkas dalam buku personality plus. Kata penulisnya, "there's only one you". Benarlah.... hanya ada seorang KITA. Tidak ada duanya. Maka segala yang kita lakukan adalah untuk kita........bukan untuk orang lain.

Salm Ukhuwah

TERBARU UNTUK ANDA

BAHAN POWER POINT KULIAH  21 DAN 22 APRIL

Ahad, 22 April 2012

BAHAN DR RAHIM

Bahan Dr Rahim 1
Bahan DR Rahim 2
Bahan Dr Rahim 3
Bahan Dr Rahim 4

BAHAN DR AZIAN

NOTA TERKINI DARI DR AZIAN
Salam teman-teman Guide 2012

Barangkali anda semua telah kembali dan tiba dengan selamat di rumah untuk kembali bersama dengan keluarga. Syukur. Perjuangan untuk semester 1 semakin hampir ke penghujung. Biarpun pelbagai suka duka yang kita catatkan namun kita akan mengecapi manisnya usaha apabila keputusan keluar kelak. Jadual peperiksaan untuk Guide 2012 telahpun di war-warkan. Saya akan pastekan bila saya dapatkan yang asli dari my iium.
Dua hari ini kelihatan kelas agak ceria. Nampak penglibatan positif. Saya akan muat naik bahan terbaru untuk tugasan kita semua seberapa segera yang boleh. Apapun terima kasih kerana menyokong blog KITA ini. Saya agak terkejut apabila paparan untuk bulan ini sahaja mencapai 600 hit. Mungkin blog ini banyak membantu teman-teman.
Cuma masih lagi merasa sedih bila ada teman-teman yang tidur dalam kereta, di rumah rakan-rakan dan di merata tempat sehinggakan di stesen ERL Putrajaya. Naik lagi ulat GONGGOK TU. Sape suruh. Begitulah pengorbanan guru-guru untuk mendapatkan ilmu. Apapun GUA CAYA lu......