Ahad, 15 April 2012

RINTIHAN DAN KELUHAN

Salam petang Ahad
Ramai yang dah mengeluh angkara assigment yang berlambak. Ditambah pula pelbagai masalah peribadi yang melanda. janganlah macam tu. Jom kita positifkan balik emosi dan pemikiran. jauh kita melangkah untuk sampai ke sini. First semester memanglah kita kelam kabut dengan cara dan teknik belajar di universiti. Tapi adik-adik, jangan jadikan itu masalah. Jangan jadikan itu penghalang. Bangun, langkahkan kaki kanan kemudian cuba langkah kaki kiri... bolehkan. That means kita masih boleh mengatur langkah. langkah pertama itu akan memastikan langkah seterusnya. Langkah-langkah ke arah kejayaan.

Tolakkan masalah peribadi ke sisi... itu asam garam kehidupan. Rumah yang tanpa tandas adalah rumah yang tidak sempurna. Manusia tanpa masalah adalah manusia yang zuhud yang tidak perlukan dunia lagi. Orang matipun ada masalah. Masalah nak jawab dengan malaikat tentang dosa-dosa lalu. Positifkan diri adik-adik. Kita harus berjuang untuk diri kita. Bukan satu jalan ke Mekah. Kota Roma tidak terbina dalam sehari.....Bertukarlah pendapat, hamburkan kerisauan, lumatkan masalah dan kita blend semua itu menjadi ramuan jamu menguatkan hati dan perasaan. We can spell you without "u".