Sabtu, 12 Mei 2012

Kuliah terakhir Untuk Semester 1


Detik masa yang berlalu membawa kita ke penghujung semester 1. Tinggal 7 semester lagi untuk kita hadapi. Segalanya terlalu pantas namun telah ada rakan-rakan yang cuba menarik hand break. Stress dan sebagainya... Jika kita berfikir kita ini guru maka akan bertambahlah tahap stress tu. Campakkan beban tugas ke sisi. Lupakan sekolah seketika. Tumpukan pada misi.

Mungkin telah berbelas tahun kita menghambakan diri dalam dunia pendidikan ini. Melakukan kerja yang sama tetapi dibayar dengan kadar yang lebih rendah. belum lagi dikira jika diskriminasi gred berlaku.  Sekarang ini peluang untuk kita berada setahap dengan mereka. Jadi, jangan lepaskan peluang terbaik yang kita ada ini.

Pada rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah,  SELAMAT HARI GURU 2012, redhakan ilmu kita untuk pelajar yang menanti. Ikhlaskan tenaga kita untuk sebuah pengorbanan. Akan ada manisnya di hujung kembara nanti.

Jumaat, 11 Mei 2012

Assigment Yang Perlu Dihantar untuk Kuliah terakhir Semester 1

Berikut adalah senarai assigment yang perlu dihantar sebelum peperiksaan bermula:

1. Kajian Kes Pelajar Pendidikan Khas- DR Abdul Rahim
2. Pembentangan Dr Mohd Abbas- Sistem Pendidikan Di Malaysia dan sebagainya
3. Pembentangan tentang Rancangan Tahunan Kaunseling-  Pn sakinah
4. laporan Sesi kaunseling- Pn sakinah
5. buku Skrap Teori-teori- Pn Aziah
6. Pemerhatian T8ingkah laku- Dr Azian
7. Soalan-soalan Dari Dr Rahim

Sila ambil perhatian dan tindakan segera

PELBAGAI KEKELIRUAN DALAM SOALAN DR AZIAN

Terlalu ramai yang bertanya tentang soalan DR Azian menyebabkan saya juga merasa tidak senang malh sebenarnya tidak faham apa kehendak beliau sebenarnya. namun setelakirah meneliti beberapa catatan, beliau meminta kita menyediakan pemerhatian terhadap tingkah laku yang melibatkan motor halus dan motor kasar ke atas 10 orang pelajar. Pemerhatian tersebut adalah dalam tempoh tertentu.

Terdapat dua cara membuat pemerhatian yang diterangkan iaitu secara berstruktur dan tidak berstruktur. bagi yang berstruktur ia melibatkan kiraan kepada sesuatu tingkah laku. Dalam bentuk jadual. Sesuatu perbuatan yang melibatkan motor halus dikira untuk dibuat kesimpulan.

Cara kedua pula adalah tidak berstruktur yang melibatkan penggunaan ayat dan terminologi yang tepat. Dilakukan dalam bentu dairi atau perharian lengkap dengan tarikh dan masa.

Itu sahaja yang sempat saya catatkan untuk perkongsian. Kalau ada yang mendapat bahan yang lebih boleh sharekan di facebook