Rabu, 5 September 2012

KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA

PENGENALAN KADS1M




Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

 KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
- mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas).
- pengajian sepenuh masa.
- warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.