Isnin, 23 April 2012

ANTARA UBI KAYU DAN KEJU

Salam Pagi Selasa Yang Membawa Seribu Rahmat

Masa berjalan dan terus berjalan dengan pantas dan tanpa sedar kita telah menuju ke titik akhir semester. Peperiksaan akan bermula pada 3 Jun (kalau saya tidak tersilap) Ini menunjukkan bahawa ada 7 semester lagi yang harus dilalui untuk sampai ke noktah penamat.

Antara ubi kayu dan keju.... itulah yang kita lakukan sekarang. Kedua-duanya mempunyai cita rasa yang berbeza tetapi kedua-duanya juga menyuntuk kita  untuk memilih. Antara selera barat dan timur, keduanya membawa makna yang tersendiri. Ini yang kita lalui sekarang, mengejar sekeping ijazah dan dalam masa yang sama menjaga agar apa yang dikendung tidak keciciran. Benarlah kata orang tua, bukan mudah memecahkan ruyung.

Tadi pagi sebelum mulakan entri, terbaca satu petikan ringkas dalam buku personality plus. Kata penulisnya, "there's only one you". Benarlah.... hanya ada seorang KITA. Tidak ada duanya. Maka segala yang kita lakukan adalah untuk kita........bukan untuk orang lain.

Salm Ukhuwah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan