Rabu, 11 April 2012

YANG TERKULAI DAN BERDERAI AKIBAT TSUNAMI

2012 baru sahaja menjangkau bulan keempat. Namun rentetan suka duka telah mula kelihatan. tadi malam kita digemparkan dengan amaran tsunami yang dikesan di lautan hindi. Semuanya menggamit kecemasan pada warga dunia. Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh Yang Maha Kuasa kepada kita. Sama-samalah kita fikirkan dan renungkan.

Sebelum itu, kita digegarkan oleh Tsunami perancangan perkahwinan artis-artis Malaysia. Fasha Sandha khabarnya ingin berkahwin april ini. Begitu juga dengan Scha Al Yahya. Selamat Pengantin baru pada bakal-bakal mempelai.


Tsunami rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zaqwan juga kedengaran jelas dan telah pelbagai berita dikhabarkan. Agaknya sudah temui jalan buntu sehingga perkahwinan harus ditamatkan begini. Namun selagi ada cara, ada ruang selesaikanlah terlebih dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan