Rabu, 5 September 2012

KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA

PENGENALAN KADS1M




Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

 KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
- mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas).
- pengajian sepenuh masa.
- warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.

Isnin, 14 Mei 2012

SLIP PEPERIKSAAN

Adik-adik,
Sila download Slip Peperiksaan masing masing. Dan bawa sewaktu peperiksaan. Peperiksaan bermula pada 6 Jun jam 2.30 petang. Apapun semak jadual dalam slip peperiksaan masing-masing.

Ahad, 13 Mei 2012

MARKAH DARI DR RAHIM

Salam 1 Malaysia. Sila semak email rakan-rakan untuk markah Dr Abdul Rahim. Pesanan beliau:

1. Bagi yang belum menghantar tugasan segera berbuat demikian
2. Bagi yang mahu mendapat markah tambahan sila pastikan cikgu-cikgu mengambil bahagian dalam forum. Tarikh akhir 17 mei
3. Datang 30 minit awal sebelum peperiksaan untuk Kertas Dr Rahim

Bagi Kertas Pn Sakinah salleh- sila baca semua tajuk yang telah dipelajari.

Untuk Renungan Bersama
Semoga adik-adik dapat mengurus tekanan yang mendatang dan ingat kita ini punyai misi dan visi yang harus kita selesaikan. Biarlah sedikit kerugian kita hadapi sekarang tetapi jangan rugi terlalu banyak kemudian nanti. Banyakkan selawat, berzikir dan ingat kita ini di bawah lindungaNya jua


BAHAN TERBARU KULIAH TERAKHIR SEM 1

Bahan terbaru kuliah terakhir guide 2012

https://www.box.com/s/e55039ef98d1eb9220a5

Sabtu, 12 Mei 2012

Kuliah terakhir Untuk Semester 1


Detik masa yang berlalu membawa kita ke penghujung semester 1. Tinggal 7 semester lagi untuk kita hadapi. Segalanya terlalu pantas namun telah ada rakan-rakan yang cuba menarik hand break. Stress dan sebagainya... Jika kita berfikir kita ini guru maka akan bertambahlah tahap stress tu. Campakkan beban tugas ke sisi. Lupakan sekolah seketika. Tumpukan pada misi.

Mungkin telah berbelas tahun kita menghambakan diri dalam dunia pendidikan ini. Melakukan kerja yang sama tetapi dibayar dengan kadar yang lebih rendah. belum lagi dikira jika diskriminasi gred berlaku.  Sekarang ini peluang untuk kita berada setahap dengan mereka. Jadi, jangan lepaskan peluang terbaik yang kita ada ini.

Pada rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah,  SELAMAT HARI GURU 2012, redhakan ilmu kita untuk pelajar yang menanti. Ikhlaskan tenaga kita untuk sebuah pengorbanan. Akan ada manisnya di hujung kembara nanti.

Jumaat, 11 Mei 2012

Assigment Yang Perlu Dihantar untuk Kuliah terakhir Semester 1

Berikut adalah senarai assigment yang perlu dihantar sebelum peperiksaan bermula:

1. Kajian Kes Pelajar Pendidikan Khas- DR Abdul Rahim
2. Pembentangan Dr Mohd Abbas- Sistem Pendidikan Di Malaysia dan sebagainya
3. Pembentangan tentang Rancangan Tahunan Kaunseling-  Pn sakinah
4. laporan Sesi kaunseling- Pn sakinah
5. buku Skrap Teori-teori- Pn Aziah
6. Pemerhatian T8ingkah laku- Dr Azian
7. Soalan-soalan Dari Dr Rahim

Sila ambil perhatian dan tindakan segera